MESYUARAT KHAS BAGI PEMBENTUKAN LIGA KELAB SIRI KE 2 PADA AHAD 4HB FEBRUARI JAM 9 MALAM DI GOOGLE MEET

Kelab ini akan merancang satu lagi plan aktiviti bagi mengisi slot pertandingan badminton diantara ahli-ahli kelab tidak mengira tahap permainan dan skill masing-masing. Pejabat Setiausaha SFBC akan memanggil semua ahli Jawatankuasa bagi membincangkan pembentukan satu liga khas untuk ahli kelab sahaja. Jika dibandingkan dengan CIG2023 sebelum ini yang tampil dipertandingkan bersama-sama komuniti badminton setempat. Kali ini LIGA SFBC yang dikenali sebagai SFBC LEAGUE 2024 SUPER SERIES akan diadakan pada bulan febuari ini sehingga pada bulan ogos. Tempoh masa yang panjang dan format adalah dalam bentuk perlawanan liga.

Sebelum mesyuarat diadakan pada ahad ini, kelab ini telah menubuhkan Panel Pengkelasan Khas Ahli bagi melengkapkan mekanisma modus operandi liga yang bakal diadakan kelak. Mohon kerjasama semua AJK yang terlibat untuk menjayakan perlaksanaan LIGA ini kelak.

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI