Struktur Pentadbiran SFBC

mengenai kami

sfbc badminton club

SFBC atau SPU Fighter Badminton Club adalah kelab sukan badminton yang telah ditubuhkan pada Ogos 2020 di Kepala Batas , Seberang Perai Utara Pulau Pinang Malaysia . SFBC telah didaftarkan dibawah Pejabat Suruhjaya Sukan Malaysia dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dan diluluskan pada 4 Oktober 2022 dengan nombor pendaftaran C-KDH-12183 . Berpangkalan di Dewan Temenggung Ibupejabat Polis Seberang Perai Utara Pulau Pinang .

baca aktiviti kami

AKTIVITI KAMI

Sparring Game 3 kali Seminggu

Latihan Asas Badminton 1 kali Seminggu
Perlawanan Persahabatan 1 kali Sebulan
Gym Fitness 1 kali Seminggu
Jualan barangan sukan online
Pembangunan sukan melalui komuniti

profile kami

Cop Mohor SFBC & Logo bagi Jawatankuasa Sukan SFBC

Logo bagi kepala surat rasmi SFBC dan team jawatankuasa yang mentadbir kelab SFBC yang di ketuai oleh seorang President kelab dan 14 ahli jawatankuasa.

ORGANISASI PENGURUSAN

SFBC di urus dan di kawal selia oleh 4 Biro pentadbiran yang dianggotai seramai 15 Ahli Jawatankuasa Sukan SFBC.

Biro Pentadbiran
Barisan ahli jawatankuasa yang diamanahkan mentadbir urus pentadbiran kelab

Biro Kewangan
Barisan ahli jawatankuasa yang diamanahkan mengurus kewangan kelab

Biro Latihan
Berikut ahli jawatankuasa SFBC yang di mengurus segala aspek latihan yang dijalankan sepanjang tahun.

Biro Aktiviti
Berikut ahli jawatankuasa SFBC yang di mengurus segala aspek aktiviti kelab seperti pertandingan dan event yang dijalankan sepanjang tahun.

baca arkib kelab

Juru Audit SFBC

Juru Audit SFBC

Juru Audit yang dilantik bukan dari Ahli Jawatankuasa di amanahkan untuk melakukan audit berkaitan laporan kewangan kelab. Kelab boleh melantik Juru Audit bebas bukan dari ahli kelab seperti mana diperuntukkan dalam perlembagaan kelab bagi memanstikan ketelusan pengurusan kewangan kelab yang lebih holistik.

Tugas Ahli Jawatankuasa

President

Menjalankan tugas sebagai ketua kelab

  • Mempengerusikan mesyuarat agos,mesyuarat khas dan lain-lain mesyuarat berkaitan dengan SFBC
  • Pengerusi kepada Jawatankuasa Sukan SFBC
  • Meluluskan keahlian SFBC
  • Berkuasa membentuk jawatankuasa displin kelab
  • Berkuasa memanggil mesyarat khas pada bilas-bila masa yang difikirkan perlu
  • Penama utama dalam akuan simpanan kelab
  • Ketua tadbir urus pentadbiran kelab sama ada pentadbiran dan latihan.
  • Kuasa menandatangani sebarang dokumen penting milik kelab

Timbalan President

  • Membantu President kelab menjalankan tugas
  • Mempengerusikan semua jenis mesyuarat dalam kelab jika ketiadaan President kelab
  • Memangku tugas President jika ketiadaan President kelab

Setiausaha

  • Menjalankan tugas kesetiausahaan kelab
  • Membuat,menyimpan,menyemak dan mengesahkan dokumen-dokumen kelab
  • Manjalakan tugas mentadbir urus kelab dalam pentadbiran kelab
  • Meluluskan keahlian
  • Berkuasa menandatangani dokumen penting kelab
  • Penama utama dalam akaun kewangan kelab
  • Pengurus kelab jika tiada ahli yang dilantik menjalankan tugas sebagai pengurus kelab
  • Mengurus EROSA kelab
  • Mengurus website rasmi kelab dan media sosial yang berkaitan dengan kelab

Timbalan Setiausaha SFBC

  • Membantu tugas setiausaha kelab menjalankan tugas
  • Memangku tugas setiausaha ketika ketiadaan setiausaha kelab

Bendahari SFBC

  • Mengumpul,menyimpan dan merekodkan dana kewangan milik kelab
  • Menyediakan laporan kewangan kelab
  • Penama utama kepada akaun simpanan milik kelab
  • Meluluskan aliran kewangan keluar dan masuk milik kelab
  • Meluluskan keahlian kelab
  • Berkuasa menandatangani dokumen penting kelab

Timbalan Bendahari SFBC

  • Membantu bendahari menjalankan tugas
  • Memangku tugas bendahari semasa ketika ketiadaan bendahari kelab

Kapten Latihan

  • Menjalankan tugas sebagai pentadbir urus latihan berkaitan dengan kelab
  • Mengurus,menjalankan,melaksanakan dan menjaga tadbir urus berkaitan latihan berkaitan dengan kelab termasuk rancangan latihan luar kelab
  • Meluluskan keahlian kelab

Timbalan Kelab Latihan

  • Membantu Kapten Latihan menjalankan tugas
  • Memangku tugas Kapten Latihan jika ketiadaan Kapten Latihan

SFBC Club Coordinator

  • Merancang dan melaksanakan sebarang aktiviti kelab berkaitan pertandingan dan permainan di dalam dan diluar kelab
  • Berkuasa membentuk pasukan dalam melaksanakan sebarang pertandingan dalam dan luar kelab bagi membantu coordinator menjayakan sebarang program berkaitan dengan pertandingan yang dianjurkan oleh kelab

Timbalan SFBC Club Coordinator

  • Membantu Coordinator menjalankan tugas
  • Memangku tugas coordinator semasa ketiadaan coordinator kelab

AJK

  • Menjalankan sebarang tugas yang diamanahkan oleh Jawatankuasa sukan SFBC
  • Membantu sebarang tugas mana-mana ahli jawatankuasa  jika perlu

Pengurus Kelab

  • Boleh dilantik oleh Jawatankuasa Sukan SFBC atau kelab untuk menjalankan tugas sebagai pengurus kelab kepada mana-mana individu sama ada ahli kelab atau bukan ahli kelab
  • Jawatan dan tugas Pengurus kelab adalah bukan dari sebahagian ahli jawatankuasa kelab dan diberi kebebasan untuk merancang,mengatur dan melaksanakan sebarang pelan rancangan kelab tanpa bertentangan dengan sebarang tugas hakiki ahli jawantankuasa 
  • President kelab berkuasa melantik dan menghentikan khidmat pengurus dengan sokongan majoriti Jawantankuasa Sukan SFBC
  • Pengurus kelab adalah jawatan khas kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan Kelab untuk mana-mana ahli dilantik sebagai pengurus melainkan di minta untuk merancang,mengurus dan melaksakan sebarang agenda kelab serta lantikan oleh kelab itu sendiri


baca arkib kelab

bersama-sama kita memajukan komuniti badminton tanah air

Bersosial ,Ganjaran aktiviti dan bersukan sepuasnya bersama kami!

sertai kami sekarang

Benefits

sebab apa anda memilih untuk sertai kami

  • Kelab kami didaftarkan di bawah Pejabat Suruhjaya Sukan Malaysia
  • Diuruskan secara professional oleh ahlijawatankuasa yang berpengalaman
  • Disertai oleh ahli-ahli yang aktif dalam sukan badminton
  • Venue latihan yang selesa,bersih dan selamat
  • Jadual latihan dan aktiviti yang fleksibel mengikut masa lapang ahli dan tiada syarat keaktifan
  • Yuran yang berpatutan setiap bulan sebanyak RM 10.00 dan harian RM 6.00 sekali sesi latihan
  • Ganjaran aktiviti terus kepada ahli dengan pemberian mata ganjaran yang boleh ditebus untuk sebarang pembelian di kedai online milik kelab
  • Aktiviti sukan akan direkod dan dimasukan ke dalam laman Youtube kelab
  • Laman sosial kami di facebook dan TikTok untuk sebarang aktiviti yang dijalankan oleh kelab

Kelab Berdaftar

Pengurusan terbaik

Ahli yang aktif

Venue latihan selesa

Jadual aktiviti fleksibel

Yuran Murah

Ganjaran aktiviti

Rekod aktiviti

Sosial Media

baca lebih lanjut

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI