About

mengenai kami

sfbc badminton club

SFBC atau SPU Fighter Badminton Club adalah kelab sukan badminton yang telah ditubuhkan pada Ogos 2020 di Kepala Batas , Seberang Perai Utara Pulau Pinang Malaysia . SFBC telah didaftarkan dibawah Pejabat Suruhjaya Sukan Malaysia dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dan diluluskan pada 4 Oktober 2022 dengan nombor pendaftaran C-KDH-12183 . Berpangkalan di Dewan Temenggung Ibupejabat Polis Seberang Perai Utara Pulau Pinang .

baca aktiviti kami

AKTIVITI KAMI

Sparring Game 3 kali Seminggu

Latihan Asas Badminton 1 kali Seminggu
Perlawanan Persahabatan 1 kali Sebulan
Gym Fitness 1 kali Seminggu
Jualan barangan sukan online
Pembangunan sukan melalui komuniti

profile kami

logo rasmi sfbc

FIGHTER membawa maksud pejuang di dalam terjemahan bahasa english ke bahasa melayu,menjadikan kelab ini memperjuangkan semangat sportmanship dalam sukan badminton.

Bentuk shield atau perisai berwarna biru laut,kuning dan putih melambangkan warna bendera yang terdapat dalam bendera Pulau-Pinang dan membawa maksud lokaliti penubuhan kelab di dalam negeri Pulau-Pinang.

Ikon bulu tangkis berwarna biru,merah dan kuning.Bulu tangkis membawa maksud sukan badminton dan tujuan penubuhan kelab ini menghimpun semua pemain badminton dibawah kelab ini.Warna merah memberi maksud semangat membara,kuning memberi maksud kesetiaan dan biru memberi maksud kesatuan dan kerjasama.

Ikon harimau kumbang membawa maksud tangkas,senyap dan berbahaya sebagaimana karekter haiwan itu sendiri.

Bermulanya slogan “Sportsmanship United”

SPU FIGHTER BADMINTON CLUB (SFBC) ditubuhkan pada 21 Disember 2020 di Dewan Temenggong yang terletak di Ibupejabat Polis Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang.Yang mana pada mulanya telah diasaskan oleh beberapa anggota polis Ibupejabat Polis Seberang Perai Utara bagi membentuk team badminton bagi mewakili IPD Seberang Perai Utarasecara amnya.

Bagaimana pun team badminton ini semakin berkembang dengan penyertaan beberapa lagi ahli baru dikalangan warga tenaga kerja IPD SPU serta ahli keluarga dan seterusnya penyertaan yang amat mengalakan dari komuniti sekitar kawasan Seberang Perai Utara. Dan pada 26 Febuari 2022 satu mesyuarat pembentukan kelab terdiri daripada beberapa ahli kelab telah sebulat suara menbentuk satu kelab badminton yang diberi nama SPU FIGHTER BADMINTON CLUB dan seterusnya di terajui oleh Tuan Muhammad Farhan Bin Ruslan dan dibantu oleh 6 orang ahli jawatankuasa telah mendaftar kelab ini pada 3 Mac 2022 di bawah Majlis Sukan Negara.

Permohonan SPU FIGHTER BADMINTON CLUB di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 telah diluluskan pada 04 Oktober 2022 dengan nombor pendaftaran CKDH-12183 oleh Pejabat Suruhanjaya Sukan Malaysia.

.

VISI DAN HALA TUJU SFBC

Antara objektif utama penubuhan kelab ini adalah untuk membawa pemain-pemain yang mempunyai bakat yang tinggi dalam sukan badminton untuk diketengahkan dan tanpa meminggirkan keupayaan mereka selagi kemahuan pemain tersebut untuk pergi lebih jauh.

MISI SFBC

Misi kelab kami adalah untuk memartabatkan dan menaikkan nama serta value kelab ini supaya lebih di kenali pada semua peringkat, sama ada di peringkat locality,negeri dan kebangsaan. Dengan mengadakan lebih banyak perlawanan rasmi dan tidak rasmi di antara seluruh kelab badminton yang terdapat di negeri Pulau Pinang dan di lain-lain negeri di dalam Malaysia.Sekaligus akan memberikan benefit dan advantage kepada penaja melalui penyertaan dalam pelbagai kejohanan yang membentuk popularity present kelab ini pada masa akan datang.

PELAN JANGKA MASA PANJANG

Reputasi adalah jenama, dan jenama adalah Asset. Ini adalah business model bagi kelab kami pada masa akan datang. Kelab kami akan mengeluarkan merchandise sebagai sumber pendapatan bagi pelan jangka masa panjang.Dimana penaja adalah business partner kelab kami, dengan memperkenalkan nama dan jenama penaja pada setiap merchandise yang bakal dihasilkan.

SFBC DAN KOMUNITI SUKAN

Menggalakkan penglibatan masyarakat setempat dan agensi berkaitan dalam menyertai sukan badminton secara umumnya di peringkat locality iaitu di daerah Seberang Perai Utara. Adalah objektif utama bagi kelab kami mengembangkan pengaruh dan perintis kepada kejohanan yang lebih kompetitif di dalam komuniti sukan di daerah ini. Kelab kami giat bergerak aktif dalam komuniti sukan badminton dengan mengadakan pelbagai latihan dan kejohanan setempat serta perlawanan persahabatan bersama diantara lain-lain kelab badminton di dalam komuniti sukan badminton di daerah Seberang Perai Utara. Secara total, kelab kami ingin menjadi Pioneer kepada penganjuran kejohanan sukan badminton setelah pendaftaran kelab kami di bawah Majlis Sukan Negara diluluskan kelak. Untuk menjadi penganjur rasmi bagi setiap kejohanan dan perlawanan sukan,mana-mana kelab sukan mestilah diluluskan pendaftarannya di bawah akta sukan. Ini adalah salah satu pelan jangka masa panjang yang bermotifkan sportsmanship in community dengan menjadi perintis kepada penganjuran kejohanan sukan setempat merentasi peringkat umur,bangsa dan latar belakang agama serta politik. Sepanjang penglibatan kelab kami dalam komuniti sukan badminton di daerah ini. Kelab kami telah menerokai pelbagai jenis level pemain, kumpulan dan kelab yang boleh kami panggil sebagai hidden gems. Dimana tiada pentas khas bagi kumpulan-kumpulan ini untuk menonjolkan bakat dan keupayaan masing-masing ke saluran yang betul kerana kurangnya pendedahan kepada media massa dan kekangan bajet yang mereka hadapi. Di sini kelab kami mengambil inisiatif untuk mengumpul kumpulan-kumpulan ini dengan menjadi perintis kepada pelbagai kejohanan yang akan kami rancang pada masa hadapan. Sebagai permulaan, kelab kami akan mengumpul dan menyatukan kumpulan ini dibawah satu kejohanan atau badminton league pada masa hadapan. Selari dengan maklamat penubuhan kelab kami untuk menghasilkan dan mengetengahkan pemainpemain berkualiti serta berkaliber. Bukan sahaja pemain-pemain dari kelab kami bahkan menbantu mana-mana pemain dalam komuniti sukan badminton khasnya di peringkat locality dan komuniti sukan badminton seluruh negara.

baca arkib kelab

bersama-sama kita memajukan komuniti badminton tanah air

Bersosial ,Ganjaran aktiviti dan bersukan sepuasnya bersama kami!

sertai kami sekarang

Benefits

sebab apa anda memilih untuk sertai kami

  • Kelab kami didaftarkan di bawah Pejabat Suruhjaya Sukan Malaysia
  • Diuruskan secara professional oleh ahlijawatankuasa yang berpengalaman
  • Disertai oleh ahli-ahli yang aktif dalam sukan badminton
  • Venue latihan yang selesa,bersih dan selamat
  • Jadual latihan dan aktiviti yang fleksibel mengikut masa lapang ahli dan tiada syarat keaktifan
  • Yuran yang berpatutan setiap bulan sebanyak RM 10.00 dan harian RM 6.00 sekali sesi latihan
  • Ganjaran aktiviti terus kepada ahli dengan pemberian mata ganjaran yang boleh ditebus untuk sebarang pembelian di kedai online milik kelab
  • Aktiviti sukan akan direkod dan dimasukan ke dalam laman Youtube kelab
  • Laman sosial kami di facebook dan TikTok untuk sebarang aktiviti yang dijalankan oleh kelab

Kelab Berdaftar

Pengurusan terbaik

Ahli yang aktif

Venue latihan selesa

Jadual aktiviti fleksibel

Yuran Murah

Ganjaran aktiviti

Rekod aktiviti

Sosial Media

baca lebih lanjut

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI