PENDAFTARAN TERBUKA SFBC LEAGUE 2024 BERMULA PADA 5HB FEBRUARI 2024 DAN DITUTUP PADA 14HB FEBRUARI 2024

BERTAM : Mesyuarat pertama bagi SFBC LEAGUE 2024 telah diadakan pada 4hb Februari 2024 pada Jam 9.00 malam melalui Google Meet, yang mana mesyuarat pada kali ini di pengerusikan oleh YDH President INTERIM SFBC Dr.Firdaus Mansor. Mesyurat tersebut yang dihadiri oleh beberapa ahli dari Jawatankuasa Sukan SFBC dan Ahli Panel Kelas Khas Liga yang baru ditubuhkan oleh kelab ini dengan sebulat suara mengistiharkan tarikh pendaftaran SFBC LEAGUE 2024 pada 5hb Februari 2024. Manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 14hb Februari 2024 yang mana kejohanan liga ini adalah siri kedua sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2022.

Setiausaha kelab akan membuka senarai nama penyertaan bagi ahli-ahli kelab yang berminat di dalam group Whatapps rasmi kelab di SFBC OFFICIAL pada 5hb Februari 2024 sehingga 14hb februari 2024 untuk di bawa ke mesyuarat liga bagi kali kedua.

SFBC LEAGUE 2024 pada kali ini hanya dibuka kepada ahli kelab sahaja dengan kadar fee penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 30.00 bagi setiap penyertaan. Kejohanan liga pada kali ini dijangka akan memulakan servis mula pada pertengahan bulan februari 2024 dan akan tamat pada bulan ogos 2024 dengan format perlawanan secara ROUND ROBIN.

Bagi jadual perlawanan Liga pula, hari latihan mingguan kelab akan digunakan iaitu pada setiap hari isnin,rabu dan jumaat. Ini bermakna Kejohanan LIGA bakal mengisi aktiviti mingguan kelab ini disamping aktiviti sparring dan drill pada setiap minggu secara add on bergantung kepada keberadaan perserta yang hadir pada hari tersebut.

SFBC LEAGUE 2024 terbuka kepada ahli kelab SFBC sahaja”

Untuk maklumat lanjut, ahli kelab yang berminat boleh menghubungi admin kelab untuk maklumat lanjut.

1 thought on “PENDAFTARAN TERBUKA SFBC LEAGUE 2024 BERMULA PADA 5HB FEBRUARI 2024 DAN DITUTUP PADA 14HB FEBRUARI 2024”

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI