JADUAL FLEXI BAGI TEAM GAME DAN TEAM DRILL BERKUATKUASA 20HB JANUARI 2024 DAN TARIKH PERLAKSANAAN PADA ISNIN 22HB JANUARI 2024

Bagi memberi masa latihan drill yang lebih fleksibel kepada ahli yang memerlukan latihan asas, disini Jawatankuasa Sukan SFBC telah menetapkan jadual baharu bagi aktiviti mingguan kelab ini. Keputusan arahan tetap Jawatankuasa bagi urusetia latihan kelab bagi mengurus aktiviti latihan dan permainan kelab bagi tahun 2024.Berikut adalah jadual dan makluman yang perlu dipatuhi oleh semua ahli kelab SFBC


TEAM DRILL (2 JAM SESI LATIHAN 8PM-10PM) – Kelab ini memberi Tarikh FLEXI kepada semua Team Drill sedia ada untuk memulakan masa latihan bermula jam 8.00 MALAM SEHINGGA 10.00 MALAM. Dan Team drill diberi pilihan hari secara flexi (1) hari daripada (3) hari aktiviti kelab bermula ISNIN,RABU dan JUMAAT.

(1) Jam pertama sesi Latihan Drill (8 pm-9 pm) menggunakan (2) court A dan B dan (1) jam kedua sesi drill (9 pm-10 pm) menggunakan (1) court B bagi jam terakhir bagi sesi Latihan Drill pada hari tersebut.

Bermakna masa Latihan Drill hendaklah bermula pada jam 8 malam sehingga selesai wajib jam 10 malam. Prospek disiplin dan time punctuality diperlukan oleh semua Team Drill bagi melaksanakan aktiviti ini. Bagi ahli yang lambat hadir dalam tempoh masa aktiviti, arahan kelab ini untuk meneruskan Latihan Drill tanpa kehadiran ahli tersebut sehingga tamat sesi Latihan Drill.


TEAM GAME (SESI BERMULA JAM 9/10 PM FLEXI – 12 PM ) – Team Game akan memulakan sesi sparring bermula jam 9/10 malam sehingga selesai jika hari sesi sparring adalah pada hari yang sama oleh Team Drill. Dimana Team Drill hanya menggunakan court B bagi meneruskan Latihan Drill dan court A akan dikosongkan pada sesi jam kedua Latihan drill pada jam 9 malam.

Pada jam 9 malam Team Drill akan menggunakan COURT B dan Team Game akan menggunakan COURT A. Pada jam 10 malam Team Drill akan menamatkan sesi Latihan Drill dan COURT B akan dikosongkan. Bermakna COURT A dan Court B akan digunakan oleh Team Game secara penuh pada jam 10 PM sehingga tamat sesi sparring pada jam 12 tengah malam.


HARI FLEXI TEAM GAME & TEAM DRILL – Team Drill hanya diberikan (1) hari aktiviti pada setiap minggu aktiviti kelab, Team Drill diberikan option bebas memilih hari aktiviti yang diperlukan bermula pada hari ISNIN,RABU dan JUMAAT.

Bermakna jika Team Drill memilih hari ISNIN sebagai hari aktiviti, Team Game akan memulakan sesi sparring HALF COURT pada jam 9 pm dan FULL COURT pada jam 10 pm. Manakala Team Game akan memulakan sesi sparring FULL COURT pada hari RABU dan JUMAAT.

Solusi ini diperlukan kerana setiap ahli bebas memilih untuk menghadiri mana-mana sesi aktiviti yang di sediakan oleh kelab ini. Setiap ahli mempunyai aktiviti favourite yang berbeza-beza dan kelab ini memberi peluang lebih luas dan fleksibel mengikut kemampuan komitmen masing-masing.

wasalam.

Rujukan undian majoriti Jawatankuasa Sukan SFBC 20.1.2024 jam 1.14 PM ditutup pada 20.1.2024 jam 2.10 PM (Undi lulus majoriti 8/15 diperlukan : 8 undi sokong/2 undi tidak menyokong/ 4 undi tidak hadir)

– Urusetia Latihan dan Permainan SFBC ( Timbalan President INTERIM (Pengarah Urusetia Latihan) Din, Kapten Latihan Pok Nik, Pengurus Kelab Kimiey, AJK Latihan Wanita Cik Zai )

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI