“SFBC VOTING DAY” PADA HARI AHAD 5HB NOVEMBER 2023 BAGI PEMILIHAN AJK SFBC (INTERIM) YANG BAHARU

Pejabat Setiausaha SFBC selaku badan yang dipertanggungjawap untuk mengadakan undian pemilihan Ahli Jawatankuasa SFBC yang baharu setelah pengenaraian semula ahli SFBC yang terkini pada bulan Julai yang lepas.Dimana pengenaraian semula diperlukan bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baharu untuk menentukan jumlah undian majoriti bagi sebarang pemilihan ahli ke Jawatankuasa SFBC.

Sepertimana peruntukan Perlembagaan Kelab SFBC 2022, undian daripada ahli kelab yang sah sahaja layak memilih Ahli Jawatankuasa yang akan dilantik bagi menjalankan fungsi-fungsi dan pelaksanaan dasar pentadbiran kelab bagi tempoh tertentu. Justifikasi pemilihan Ahli Jawatankuasa secara INTERIM bagi mengisi kekosongan jawatan setelah ahli yang sebelumnya melepaskan jawatannya atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan atau penamatan keahlian yang secara automatik akan mengugurkan semua jawatan yang disandangnya.

Lantikan adalah secara INTERIM sehingga ke pemilihan rasmi pada Mesyuarat Agong SFBC 2024 dan takrif lantikan diperlukan bagi menjalankan fungsi kritikal bagi menjalankan tugas-tugas utama seperti perbendaharaan,pembantu kesetiausahaan dan koordinasi kejohanan tertutup kelab pada bulan Disember kelak. Kerjasama semua ahli kelab amat diperlukan bagi menjayakan hari SFBC memilih ahli pentadbiran yang baru ini.

Medium undian pemilihan adalah melalui undian online di aplikasi WhatsApp dan semua ahli yang sah akan dimaklumkan sebaik sahaja undian bermula oleh Setiausaha kelab pada hari Ahad 5.11.2023. Harap maklum

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI