HARI LATIHAN ASAS & DRILL SFBC DI SELARAS KE HARI JUMAAT SETIAP MINGGU

As Salam dan Salam salam sejahtera. Untuk makluman semua ahli, kelab ini telah melaraskan semula hari latihan harian (Latihan Asas dan Drill) daripada hari Rabu kepada hari Jumaat. Pengelarasan hari latihan ini akan berkuatkuasa pada hari Jumaat 10.11.2023.

Tempoh latihan asas ini bermula pada 23 Ogos 2023 dan tamat tempoh kontrak selama setahun pada bulan Ogos 2024. Objektif program ini dibuat bagi memberi peluang kepada pemain baru yang berminat untuk mempelajari teknik asas sukan nombor 2 negara pada ketika ini.

Kelab ini hanya mengenakan kadar yuran yang bepatutan kepada ahli sebanyak RM 10.00 dan bukan ahli sebanyak RM 20.00. Sesi latihan bermula pada jam 9.00 malam hingga jam 11.00 malam (2 Jam) di Dewan Temenggung IPD Seberang Perai Utara Butterworth Pulau Pinang.

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI