NOTIS PEMBERITAHUAN BAGI MENGISI BORANG PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA INTERIM BAGI TAHUN 2023-2024.

Bahawasanya dimaklumkan bahawa Kelab ini akan mengadakan undian pemilihan Ahli Jawatankuasa
Interim bagi mengisi kekosongan jawatan yang dikosongkan selepas barisan keahlian yang baru
dikemaskini.


Selari dengan kuasa yang diperuntukan di dalam Perlembagaan Kelab kepada Setiausaha bagi
mengurus pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru.


Dengan ini, Pejabat Setiausaha Kelab ini akan mengedar borang pencalonan Ahli Jawatankuasa
Interim kepada semua ahli yang ingin mengisi kekosongan ini bermula pada 16hb Oktober 2023.
Setiap borang pencalonan hendaklah diisi bersama-sama satu (1) nama pencadang dan satu (1)
nama penyokong bagi calon dan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Kelab dalam tempoh dua
(2) minggu daripada tarikh borang pencalonan diedarkan.


Berikut adalah senarai kekosongan Ahli Jawatankuasa yang ditawarkan secara INTERIM.

  1. TIMBALAN PRESIDENT SFBC
  2. TIMBALAN SETIAUSAHA SFBC
  3. TIMBALAN BENDAHARI SFBC
  4. AHLI JAWATANKUASA (4) SFBC

Pemilihan secara undian di dalam Group WhatsApp Kelab yang akan dibuka KHAS bagi
melancarkan undian tanpa sebarang gangguan dan Group WhatsApp ini akan ditutup setelah proses
pengundian selesai.


Undian akan diadakan setelah borang pencalonan diterima dan disahkan oleh Setiausaha. Undian sah
hanya oleh barisan keahlian kelab yang terkini dan orang-perseorangan bukan ahli dilarang
untuk mengundi.
Kerjasama semua ahli adalah dialu-alukan dan bersama-samalah kita memajukan kelab ini bagi

merealisasi dasar-dasar dan perancangan kelab pada masa hadapan.



Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI