MAJLIS PERPISAHAN PRESIDENT SFBC

Alhamdulillah, selesai sahaja jamuan ringkas sempena pertukaran Ydh President SFBC Tuan Farhan Ruslan ke tempat tugas baru beliau di Ibupejabat Polis Negeri Pulau Pinang. Bersempena dengan pertukaran Ydh President ke tempat tugas yang baru, kelab ini berbesar hati memberi sedikit cenderamata sebagai tanda terima kasih yang tidak berbelah bagi, atas usaha beliau membentuk dan memimpin satu komuniti badminton yang jitu secara amnya di Kepala Batas.Jasa beliau memimpin kelab ini sehingga kelab ini berjaya didaftarkan sebagai sebuah kelab yang diiktiraf oleh Pejabat Suruhjaya Sukan Malaysia pada tahun lepas.

Berkesempatan dengan itu, majlis serah tugas President Kelab sebagai pemangku President kepada Ydh En. Khairuddin iaitu Ydh Timbalan President Interim SFBC atas kekosongan jawatan nombor satu KELAB yang ditinggalkan oleh Ydh Tuan Farhan.

Terima kasih juga kepada ahli-ahli kelab yang hadir pada hari ini. Walaupun majlis perpisahan dibuat pada masa yang singkat dan ringkas. Pengisian dan matlamat majlis telah tercapai dengan jayanya. Alhamdulillah dan syukur.

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI