TARIKH AKHIR TERKINI PENYERTAAN CIG 2ND 2023 DI TETAPKAN PADA 24HB NOVEMBER 2023

Mesyuarat kali pertama bagi SFBC 2ND Club Inner Games 2023 (CIG 2ND 2023) yang berlangsung secara maya di Google Meets pada hari ini 18hb November 2023 jam 9.00 malam oleh Jawatankuasa CIG2023. Jawatankuasa ini telah memutuskan tarikh akhir penyertaan bagi temasya ini adalah pada hari Jumaat 24hb November 2023. Tarikh baharu ini diawalkan dari seminggu daripada tarikh yang diumumkan iaitu pada 30hb November 2023 bagi melicinkan proses untuk penentuan tarikh bermulanya CIG 2ND 2023 ini yang dijangka akan dilaksanakan “pukul mula shuttlecock” pada 4hb Disember 2023.

Antara kategori yang bakal dipertandingkan adalah Men’s Double, Mix Double dan Women’s Double yang akan berlansung selama sebulan di Venue Latihan utama SFBC di Dewan Temenggung IPD Seberang Perai Utara Pulau Pinang. Ini adalah temasya sukan kali kedua oleh kelab ini yang mana, temasya ini kali pertama diadakan pada tahun 2022 sejak tertubuhnya kelab ini pada tahun 2020. Buat julung kalinya CIG 2ND 2023 pada kali ini memperkenalkan dua kategori baru Mix Double dan Women’s Double dikalangan ahli kelab SFBC.

Temasya sukan oleh SFBC diadakan bagi penutup tirai aktiviti kelab bagi tahun 2023 dan penyertaan semua ahli adalah dialu-akukan.

1 thought on “TARIKH AKHIR TERKINI PENYERTAAN CIG 2ND 2023 DI TETAPKAN PADA 24HB NOVEMBER 2023”

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI