SSCOME.MY MENAJA KEAHLIAN PERCUMA SETAHUN KEPADA JUARA BAGI KATEGORI MIX DOUBLE DI TEMASYA SUKAN CIG 2ND 2023

SSCOME.MY syarikat E-COMMERCE https://sscome.com.my peralatan sukan adalah penaja utama bagi SFBC terutamanya bagi pengendalian website serta peralatan pengurusan pejabat bagi SFBC, hari ini bersetuju untuk penaja hadiah bagi kategori Mix Double CIG 2ND 2023. Penajaan ini bagi memeriahkan lagi kehangatan acara sukan badminton yang berlangsung setahun sekali ini di Venue latihan utama SFBC.

Bagi Juara kategori Mix Double – hadiah utama Keahlian penuh SFBC bagi tahun 2024 (12 bulan), Tempat Ke2- 6 bulan keahlian percuma dan Tempat Ke3- 3 bulan keahlian percuma. Bagi peserta bukan status ahli SFBC akan diberi status keahlian secara automatik jika mereka berjaya merangkul podium kejuaraan di temasya pada kali ini.

Kategori Mix Double pada tahun ini meraih popularity dikalangan ahli Kelab kerana kategori ini adalah yang paling kompetitif dari tiga kategori yang dipertandingkan (Men’s Double,Women’s Double dan Mix Double) pada tahun 2023. CIG 2ND 2023 atau dikenali sebagai SFBC Club Inner Games 2023 akan membuka tirai kejuaraan 4hb Disember 2023.

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI