Kelab ini mengemaskini sistem redeem di dalam SFBC SHOP dimana ahli perlu membayar yuran bulanan yang tertunggak minimum 1 bulan.Setelah sistem mendapat data invoice terkini,sistem akan diaktifkan dalam masa 24 jam selepas pembayaran dibuat dan admin akan memaklumkan sistem point ahli tersebut telah diaktifkan.
Dengan pengaktifan tersebut ahli boleh menggunakan point masing-masing untuk mendapatkan potongan harga bagi semua CLUB ITEM yang tersedia di dalam SFBC SHOP https://sfbcsport.com.Point sedia ada tidak akan luput selama mana ahli tersebut menjadi ahli kelab ini,akan tetapi akuan ahli akan dibekukan sehingga bayaran tunai pengaktifan sebagai penalti telah dibuat.
Untuk perhatian semua ahli kelab ini, jika ahli tersebut gagal melunaskan 12 bulan yuran keahlian, nama ahli tersebut tidak akan tersenarai di dalam SENARAI KEAHLIAN BAGI SESI 2025. Pendaftaran baru kelab ini akan dibuka semula pada bulan Jun 2025 dan Disember 2025