“SFBC VOTING DAY” PADA HARI SABTU 13HB JANUARI 2024 BAGI PEMILIHAN MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN PRESIDEN SFBC (INTERIM) DAN TIMBALAN BENDAHARI (INTERIM)

Pejabat Setiausaha SFBC selaku badan yang dipertanggungjawap untuk mengadakan undian pemilihan barisan AJK SUKAN SFBC bagi musim 2024. Undian kali kedua ini bagi mengisi kekosongan jawatan President yang dikosongkan selepas perletakan jawatan President SFBC 2023 oleh Tuan Farhan Ruslan kerana pertukaran tugas hakikinya ke GeorgeTown Pulau Pinang dan akan menetap terus di sana. Dengan pertukaran tugas ini akan sedikit sebanyak menghalang beliau untuk menumpukan tugas sepenuhnya sebagai President Kelab secara umumnya kelab ini berpangkalan di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang.Kelab ini memerlukan seorang President bagi melicinkan tugas-tugas penting di bahagian pengurusan dan strategik kelab. Bagi membantu tugas Bendahari kelab, kekosongan Timbalan Bendahari perlu di isi bagi memudahkan urusan urus dana kelab secara lebih efisen.

Sepertimana peruntukan Perlembagaan Kelab SFBC 2022, undian daripada ahli kelab yang sah sahaja layak memilih Ahli Jawatankuasa yang akan dilantik bagi menjalankan fungsi-fungsi dan pelaksanaan dasar pentadbiran kelab bagi tempoh tertentu. Justifikasi pemilihan Ahli Jawatankuasa secara INTERIM bagi mengisi kekosongan jawatan setelah ahli yang sebelumnya melepaskan jawatannya atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan atau penamatan keahlian yang secara automatik akan mengugurkan semua jawatan yang disandangnya.

Lantikan adalah secara INTERIM sehingga ke pemilihan rasmi pada Mesyuarat Agong SFBC 2024 dan takrif lantikan diperlukan bagi menjalankan fungsi kritikal bagi menjalankan tugas-tugas utama seperti perbendaharaan,pembantu kesetiausahaan dan koordinasi kejohanan tertutup kelab pada bulan November kelak. Kerjasama semua ahli kelab amat diperlukan bagi menjayakan hari SFBC memilih ahli pentadbiran yang baru ini.

Medium undian pemilihan adalah melalui undian online di aplikasi WhatsApp dan semua ahli yang sah akan dimaklumkan sebaik sahaja undian bermula oleh Setiausaha kelab pada hari SABTU 13.01.2024. Harap maklum

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI