LANTIKAN PRESIDENT INTERIM DAN TIMBALAN BENDAHARI INTERIM BERKUATKUASA 13HB JANUARI 2024

Pada 13.01.2024 Pejabat Setiausaha SFBC telah membuat 2 undian bagi lantikan President INTERIM dan Timbalan Bendahari INTERIM bagi melengkapkan jadual barisan Jawatankuasa Sukan SFBC sebelum Mesyuarat Agong kali ke 2 yang bakal diadakan pada bulan Febuari ini. Senarai barisan ahli jawatankuasa perlu dilengkapkan bagi melicinkan proses lantikan semula jawatan INTERIM ke jawatan tetap dimana fungsi-fungsi menjalankan tugas bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh penjawat jawatan sebelumnya. Beberapa kekosongan jawatan penting dikosongkan oleh sebab-sebab perletakan jawatan dan pelucutan jawatan secara automatik kerana kehilangan status keahlian dalam kelab.

Keputusan lantikan INTERIM, ahli MUHAMMAD FIRDAUS BIN MANSOR (SFBC 15) memegang jawatan PRESIDENT INTERIM dengan undian majoriti 26/49 dan ahli AIN FARHANA BINTI ABU SAMAH (SFBC 33) memegang jawatan TIMBALAN BENDAHARI INTERIM dengan undian majoriti 25/49.

Lantikan ini berkuatkuasa pada 13.01.2024 Jam 9.29 malam.

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI