PERATURAN TAKRIF STATUS KEAKTIFAN KEAHLIAN KELAB DIKEMASKINI DAN BERKUATKUASA PADA 1HB JUN 2024

Kelab ini memperkenalkan satu sistem baharu yang keluarkan oleh Biro Kewangan & Pentadbiran SFBC bagi pemangkin tahap margin aktiviti kelab ini yang akan berkuatkuasa pada 1hb Jun 2024. Peraturan ini diperkenalkan kepada semua ahli sebagai syarat wajib untuk mengekalkan status ahli sebagai memberships kekal di dalam kelab ini.

Sejak pembukaan semula aktiviti kelab ini selepas rehat yang panjang selepas hari raya aidilfitri, margin aktiviti kelab ini telah jatuh sebanyak hampir 90% jika dibandingkan dengan purata keaktifan selepas CIG 2023 pada tahun yang lalu. Penurunan margin aktiviti yang amat ketara ini membawa penurunan kadar pendapatan harian yang rendah daripada kutipan latihan harian jika dibandingkan kos yang perlu ditanggung oleh kelab ini pada setiap minggu. Kutipan yuran bulanan hanya mampu untuk menampung pembiayaan kos sewa venue latihan bagi setiap minggu ini tidak termasuk kos bagi menampung aktiviti perlawanan inter club pada setiap bulan. Lain-lain kos asing adalah kos shuttlecock dan lain-lain kos yang melibatkan perbelanjaan pentadbiran kelab.Dengan ini peraturan baru perlu di buat bagi menggerakan 49 ahli yang memegang status sebagai pemain badminton amatur dibawah naungan SFBC.

Disini kelab ini memperkenalkan peraturan baru bagi mentafsir tahap keaktifan ahli yang akan diiktiraf oleh kelab ini. (250 POINT Mata ganjaran penuh bagi semua ahli yang mendapat Point Penilaian penuh sebanyak 2 Point mata penilaian setiap bulan).

KREABILITI STATUS AKTIF KEAHLIAN KELAB (2 POINT STATUS AKTIF DIPERLUKAN PADA SETIAP BULAN – POINT 1 ADALAH WAJIB DAN 1 POINT YG LAIN SEBAGAI OPTION PILIHAN WAJIB)

  1. TIADA TUNGGAKAN YURAN KELAB (WAJIB) – 1 Point penilaian

OPTION PILIHAN WAJIB (AHLI BEBAS MEMILIH MANA-MANA OPTION DIBAWAH)

  1. AKTIF DALAM AKTIVITI KELAB ( GAME HARIAN @ DRILL @ TOURNAMENT DALAMAN ) – 1 Point penilaian
  2. AKTIF DALAM AKTIVITI INTER CLUB (FRIENDLY) SEBAGAI PEMAIN, PEMBANTU URUSETIA ATAU PENYOKONG DI GELANGGANG – 1 Point penilaian
  3. AKTIF DALAM PENYERTAAN MELIBATKAN TADBIR URUS KELAB (MENJAWAT JAWATAN AHLI JAWATANKUASA INDUK) DAN LAIN-LAIN JAWATANKUASA DALAMAN KELAB ( URUSETIA CIG DLL) – 1 Point penilaian

2 POINT AKTIF DIPERLUKAN SEMUA AHLI BAGI MENGEKALKAN STATUS KEAHLIAN PADA SETIAP BULAN DAN BIRO KEWANGAN BERTANGGUNGJAWAP DALAM MENENTUKAN STATUS AHLI BERDASARKAN 2 POINT UTAMA YANG MEMBENARKAN STATUS AHLI KEKAL AKTIF.

JUMLAH PENUH 6 POINT DIPERLUKAN UNTUK PENILAIAN OLEH BIRO KEWANGAN & PENTADBIRAN BAGI TEMPOH SETIAP 3 BULAN. (PERLEMBAGAAN KELAB MEMPERUNTUKAN JIKA AHLI GAGAL MELUNASKAN YURAN BULANAN SECARA 3 BULAN BERTURUT-TURUT KEAHLIANNYA AKAN DITAMATKAN DAN PENALTI DIKENAKAN KEPADA AHLI TERSEBUT JIKA INGIN MENYERTAI KELAB INI SEMULA PADA KADAR YANG DIFIKIRKAN PERLU).

Ini bermakna setiap ahli wajib untuk menyertai mana-mana aktiviti dianjurkan oleh kelab ini sekurang-kurangnya (1) kali pada setiap bulan mengikut kemampuan ahli tersebut. Dimana peraturan sebelumnya hanya mewajibkan ahli hanya membayar yuran kelab pada setiap bulan dan tiada had bagi mengikuti sebarang aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu.

Maka dengan ini, bersama-samalah kita memajukan kelab ini bagi kemajukan sukan badminton untuk negara tercinta ini dan kerjasama bagi semua pihak adalah amat-amat dialu-alukan.

Wassalam

-Setiausaha SFBC 19hb May 2024

1 thought on “PERATURAN TAKRIF STATUS KEAKTIFAN KEAHLIAN KELAB DIKEMASKINI DAN BERKUATKUASA PADA 1HB JUN 2024”

Leave a Comment

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI