Dengan segala hormatnya,merujuk kepada perkara diatas.
Dengan rendah diri, ingin dimaklumkan Kelab SFBC akan mengadakan Mesyuarat Agung
kali Kedua 2024 sepertimana di butiran berikut:
Tarikh : 23hb Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Restoran Mashitah Pusat Perniagaan Taman Seri Serdang
Kepala Batas Seberang Perai Utara P.Pinang
Kaedah : Forum Face To Face & Google Meet
Turut dimaklumkan, mana-mana ahli yang tidak berkesempatan dijemput untuk hadir ke
AGM 2024 menerusi aplikasi Google Meet dan link ke meeting room akan diuruskan oleh setiausaha
sebelum AGM bermula.
“Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang dari satu perdua (1/2) daripada
bilangan keahlian yang layak mengundi. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu jam (1) dari
masa yang ditetapkan,maka Mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh tiga
puluh (30) hari dari tarikh mesyuarat itu. Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat yang ditunda itu maka ahli-ahli yang
hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak meminda perlembagaan dan membuat apa-apa
keputusan berkaitan dengan kepentingan ahli.”
Sehubungan dengan itu,kehadiran YBhg Dato’/Datuk/Dr/Tuan/Puan/Cik adalah dialu-alukan bagi
memastikan perjalanan Mesyuarat Agung dapat dilaksanakan dengan penuh barokah pada bulan
Ramadhan yang mulia yakni bakal menjelang tidak lama lagi.
Kerjasama dan perhatian YBhg Dato’/Datuk/Dr/Tuan/Puan/Cik adalah amat dihargai dan
didahulukan dengan ribuan terima kasih.
Wassalam والسلام