Arkib Peraturan SFBC

Arkib Peraturan Kelab

SENARAI peraturan-peraturan kelab semasa


Arahan Penilaian Keahlian 1/2024

Kuatkuasa pada 1hb Jun 2024 oleh Biro Kewangan & Pentadbiran SFBC

Kelab ini memperkenalkan satu sistem baharu yang keluarkan oleh Biro Kewangan & Pentadbiran SFBC bagi pemangkin tahap margin aktiviti kelab ini yang akan berkuatkuasa pada 1hb Jun 2024. Peraturan ini diperkenalkan kepada semua ahli sebagai syarat wajib untuk mengekalkan status ahli sebagai memberships kekal di dalam kelab ini.

Sejak pembukaan semula aktiviti kelab ini selepas rehat yang panjang selepas hari raya aidilfitri, margin aktiviti kelab ini telah jatuh sebanyak hampir 90% jika dibandingkan dengan purata keaktifan selepas CIG 2023 pada tahun yang lalu. Penurunan margin aktiviti yang amat ketara ini membawa penurunan kadar pendapatan harian yang rendah daripada kutipan latihan harian jika dibandingkan kos yang perlu ditanggung oleh kelab ini pada setiap minggu. Kutipan yuran bulanan hanya mampu untuk menampung pembiayaan kos sewa venue latihan bagi setiap minggu ini tidak termasuk kos bagi menampung aktiviti perlawanan inter club pada setiap bulan. Lain-lain kos asing adalah kos shuttlecock dan lain-lain kos yang melibatkan perbelanjaan pentadbiran kelab.Dengan ini peraturan baru perlu di buat bagi menggerakan 49 ahli yang memegang status sebagai pemain badminton amatur dibawah naungan SFBC.

Disini kelab ini memperkenalkan peraturan baru bagi mentafsir tahap keaktifan ahli yang akan diiktiraf oleh kelab ini. (250 POINT Mata ganjaran penuh bagi semua ahli yang mendapat Point Penilaian penuh sebanyak 2 Point mata penilaian setiap bulan).

KREABILITI STATUS AKTIF KEAHLIAN KELAB (2 POINT STATUS AKTIF DIPERLUKAN PADA SETIAP BULAN – POINT 1 ADALAH WAJIB DAN 1 POINT YG LAIN SEBAGAI OPTION PILIHAN WAJIB)

  1. TIADA TUNGGAKAN YURAN KELAB (WAJIB) – 1 Point penilaian

OPTION PILIHAN WAJIB (AHLI BEBAS MEMILIH MANA-MANA OPTION DIBAWAH)

  1. AKTIF DALAM AKTIVITI KELAB ( GAME HARIAN @ DRILL @ TOURNAMENT DALAMAN ) – 1 Point penilaian
  2. AKTIF DALAM AKTIVITI INTER CLUB (FRIENDLY) SEBAGAI PEMAIN, PEMBANTU URUSETIA ATAU PENYOKONG DI GELANGGANG – 1 Point penilaian
  3. AKTIF DALAM PENYERTAAN MELIBATKAN TADBIR URUS KELAB (MENJAWAT JAWATAN AHLI JAWATANKUASA INDUK) DAN LAIN-LAIN JAWATANKUASA DALAMAN KELAB ( URUSETIA CIG DLL) – 1 Point penilaian

2 POINT AKTIF DIPERLUKAN SEMUA AHLI BAGI MENGEKALKAN STATUS KEAHLIAN PADA SETIAP BULAN DAN BIRO KEWANGAN BERTANGGUNGJAWAP DALAM MENENTUKAN STATUS AHLI BERDASARKAN 2 POINT UTAMA YANG MEMBENARKAN STATUS AHLI KEKAL AKTIF.

JUMLAH PENUH 6 POINT DIPERLUKAN UNTUK PENILAIAN OLEH BIRO KEWANGAN & PENTADBIRAN BAGI TEMPOH SETIAP 3 BULAN. (PERLEMBAGAAN KELAB MEMPERUNTUKAN JIKA AHLI GAGAL MELUNASKAN YURAN BULANAN SECARA 3 BULAN BERTURUT-TURUT KEAHLIANNYA AKAN DITAMATKAN DAN PENALTI DIKENAKAN KEPADA AHLI TERSEBUT JIKA INGIN MENYERTAI KELAB INI SEMULA PADA KADAR YANG DIFIKIRKAN PERLU).

Ini bermakna setiap ahli wajib untuk menyertai mana-mana aktiviti dianjurkan oleh kelab ini sekurang-kurangnya (1) kali pada setiap bulan mengikut kemampuan ahli tersebut. Dimana peraturan sebelumnya hanya mewajibkan ahli hanya membayar yuran kelab pada setiap bulan dan tiada had bagi mengikuti sebarang aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu.

Maka dengan ini, bersama-samalah kita memajukan kelab ini bagi kemajukan sukan badminton untuk negara tercinta ini dan kerjasama bagi semua pihak adalah amat-amat dialu-alukan.

Wassalam

-Setiausaha SFBC 19hb May 2024

Peraturan Gelanggang 1/2024

KUTIPAN FEE LATIHAN HARIAN

Satu mesyuarat khas peringkat Jawatankuasa Sukan SFBC bagi meluluskan usul baharu bagi mengantikan kadar Fee latihan harian 2023. Telah diluluskan oleh Jawatankuasa kelab ini dengan undian majoriti 9 daripada 14 undi daripada setiap ahli jawatankuasa pada 31.12.2023 Ahad jam 10.15 malam.

Mesyuarat khas ini dibuat bagi meluluskan satu daripada dua usul yang dibentangkan oleh ahli kelab ini. Yang mana USUL 1 dicadangkan oleh Ahli Hakimi dengan penyokong USUL 1 oleh Ahli Khairuddin telah mendapat undian majoriti 9 daripada 14 ahli jawatankuasa. Berikut senarai nama 9 ahli daripada 14 ahli yang menyokong USUL 1.

PENYOKONG USUL 1 BAGI FEE LATIHAN 2024 ( 9 undi majoriti daripada 14 undi Ahli Jawatankuasa Sukan SFBC )
1. Pencadang usul – Ahli Hakimi
2. Penyokong usul – Ahli Khairuddin
3. Undi Sokong – Ahli Hairol
4. Undi Sokong – Ahli Safirah
5. Undi Sokong – Ahli Firdaaus
6. Undi Sokong – Ahli Dr.Firdaus
7. Undi Sokong – Ahli Khairi

8. Undi Sokong – Ahli Faizul
9. Undi Sokong – Ahli Quzaini

Game harian
Kos sewaan dewan yang dikenakan

untuk ahli Rm3
bukan ahli Rm5

Kos shuttle yang dikenakan

ahli dan bukan ahli kos sama iaitu RM8 setiap shuttle baru yang digunakan untuk setiap game.RM8 itu akan dibahagi kepada 4orang yang didalam game itu.

Ini bermakna setiap game seorang perlu membayar RM2 jika menggunakan sebiji shuttle. Jika menggunakan 2biji akan didarabkan dengan 2 dan seterusnye

Game harian dihadkan kepada 18 pemain. Pemilihan melalui siapa yang isi nama dahulu semasa open list dalam group whattsap.

Jika pemain melebihi dari 14 pemain,perlawanan menggunakan format 30mata.
Jika pemain kurang dari 14pemain,perlawanan menggunakan format 21mata x 2 set

Setiap pengambilan shuttle akan direkodkan kedalam buku kedatangan.

Dan total dikenakan untuk setiap ahli dan bukan ahli akan dikira diakhir game harian

Setiap game harian ahli dan bukan ahli akan direkod kehadiran seperti dibawah
Kehadiran

List members
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

List non members
1.
2.
3.
4.
5.

Peraturan Gelanggang 2/2024

JADUAL FLEXI BAGI TEAM GAME DAN TEAM DRILL BERKUATKUASA 20HB JANUARI 2024 DAN TARIKH PERLAKSANAAN PADA ISNIN 22HB JANUARI 2024

Bagi memberi masa latihan drill yang lebih fleksibel kepada ahli yang memerlukan latihan asas, disini Jawatankuasa Sukan SFBC telah menetapkan jadual baharu bagi aktiviti mingguan kelab ini. Keputusan arahan tetap Jawatankuasa bagi urusetia latihan kelab bagi mengurus aktiviti latihan dan permainan kelab bagi tahun 2024.Berikut adalah jadual dan makluman yang perlu dipatuhi oleh semua ahli kelab SFBC


TEAM DRILL (2 JAM SESI LATIHAN 8PM-10PM) – Kelab ini memberi Tarikh FLEXI kepada semua Team Drill sedia ada untuk memulakan masa latihan bermula jam 8.00 MALAM SEHINGGA 10.00 MALAM. Dan Team drill diberi pilihan hari secara flexi (1) hari daripada (3) hari aktiviti kelab bermula ISNIN,RABU dan JUMAAT.

(1) Jam pertama sesi Latihan Drill (8 pm-9 pm) menggunakan (2) court A dan B dan (1) jam kedua sesi drill (9 pm-10 pm) menggunakan (1) court B bagi jam terakhir bagi sesi Latihan Drill pada hari tersebut.

Bermakna masa Latihan Drill hendaklah bermula pada jam 8 malam sehingga selesai wajib jam 10 malam. Prospek disiplin dan time punctuality diperlukan oleh semua Team Drill bagi melaksanakan aktiviti ini. Bagi ahli yang lambat hadir dalam tempoh masa aktiviti, arahan kelab ini untuk meneruskan Latihan Drill tanpa kehadiran ahli tersebut sehingga tamat sesi Latihan Drill.


TEAM GAME (SESI BERMULA JAM 9/10 PM FLEXI – 12 PM ) – Team Game akan memulakan sesi sparring bermula jam 9/10 malam sehingga selesai jika hari sesi sparring adalah pada hari yang sama oleh Team Drill. Dimana Team Drill hanya menggunakan court B bagi meneruskan Latihan Drill dan court A akan dikosongkan pada sesi jam kedua Latihan drill pada jam 9 malam.

Pada jam 9 malam Team Drill akan menggunakan COURT B dan Team Game akan menggunakan COURT A. Pada jam 10 malam Team Drill akan menamatkan sesi Latihan Drill dan COURT B akan dikosongkan. Bermakna COURT A dan Court B akan digunakan oleh Team Game secara penuh pada jam 10 PM sehingga tamat sesi sparring pada jam 12 tengah malam.


HARI FLEXI TEAM GAME & TEAM DRILL – Team Drill hanya diberikan (1) hari aktiviti pada setiap minggu aktiviti kelab, Team Drill diberikan option bebas memilih hari aktiviti yang diperlukan bermula pada hari ISNIN,RABU dan JUMAAT.

Bermakna jika Team Drill memilih hari ISNIN sebagai hari aktiviti, Team Game akan memulakan sesi sparring HALF COURT pada jam 9 pm dan FULL COURT pada jam 10 pm. Manakala Team Game akan memulakan sesi sparring FULL COURT pada hari RABU dan JUMAAT.

Solusi ini diperlukan kerana setiap ahli bebas memilih untuk menghadiri mana-mana sesi aktiviti yang di sediakan oleh kelab ini. Setiap ahli mempunyai aktiviti favourite yang berbeza-beza dan kelab ini memberi peluang lebih luas dan fleksibel mengikut kemampuan komitmen masing-masing.

wasalam.

Rujukan undian majoriti Jawatankuasa Sukan SFBC 20.1.2024 jam 1.14 PM ditutup pada 20.1.2024 jam 2.10 PM (Undi lulus majoriti 8/15 diperlukan : 8 undi sokong/2 undi tidak menyokong/ 4 undi tidak hadir)

– Urusetia Latihan dan Permainan SFBC ( Timbalan President INTERIM (Pengarah Urusetia Latihan) Din, Kapten Latihan Pok Nik, Pengurus Kelab Kimiey, AJK Latihan Wanita Cik Zai )

Peraturan Gelanggang 3/2024

Panduan Bonus Mata Ganjaran

Setiausaha SFBC 2024 – Biro Kewangan & Pentadbiran bertarikh 1.6.2024

Kelab ini mengamalkan ganjaran berbentuk points yang boleh dinikmati oleh semua ahli dan point-point ini bole ditebus di web store SSCOME https://sscome.com.my bagi menebus pelbagai barangan sukan dan yuran bulanan kelab.Berikut adalah jadual point ganjaran yang disediakan oleh kelab ini sebagai tanda penghargaan dalam memberikan masa dan tenaga kepada pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini. Jadual ini berkuatkuasa sehingga pemakluman perubahan peraturan oleh kelab dari masa ke semasa.

300 Point – Bonus Game Harian
300 Point – Bonus Latihan Drill
100 Point – Bonus pembayaran tunai bagi yuran bulanan
500 Point – Bonus penyertaan bagi aktiviti interclub ( Friendly)
500 Point- Bonus penyertaan bagi pertandingan yang dianjurkan oleh kelab
250 Point – Bonus penilaian penuh keahlian setiap bulan (berkuatkuasa 1hb Jun 2024)

Sebarang perubahan jadual dan pemberian mata ganjaran adalah kuasa mutlak kelab dan setiap mata ganjaran tidak boleh ditukarkan kepada mata wang tunai.

“sportsmanship united”

aktiviti sukan badminton

SFBC telah menjadi aset yang tidak ternilai kepada komuniti badminton setempat. Komitmen kami terhadap pembangunan sukan badminton terbukti dalam pengurusan kelab sukan yang efisen demi masyarakat dan sokongan kami terhadap aktiviti sukan oleh semua pihak, serta dedikasi kami terhadap masa depan badminton Malaysia. Kami akan membantu pemain baru yang meminati sukan badminton, memberikan bimbingan dan sokongan untuk membantu mereka terlibat dalam sukan ini. Kami benar-benar berterima kasih atas semua kerja keras dan dedikasi yang dilakukan oleh semua pihak kursusnya komuniti badminton di Malaysia.Majulah sukan untuk negara.

Facebook

Youtube

Whatsapp

aktiviti sukan bersama komuniti

berikan sumbangan

Kelab kami bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti sukan badminton bersama komuniti-komuniti tempatan dan sumbangan anda amatlah diperlukan meringankan bebanan kos operasi kami sepanjang tahun. Klik di butang Derma & sumbangan bagi membantu kami membangunkan sukan setempat.

demi kemajuan sukan setempat

Berlatih bersama kami!

sertai kami

Jangan lepaskan peluang sertai kami sekarang!

BOLEH KAMI BANTU? HUBUNGI KAMI BILA-BILA MASA

HUBUNGI KAMI